Ahad, 22 Ogos 2010

Akhirnya kau terbang jua....

Bertemu dan berpisah lumrah kehidupan setiap insan.Inya tidak dapat lari dari kehidupan kita, walaupun seseorang yang kita amat cintai.Adakah kita sanggup berpisah dengan yang kita cintai?Begitu juga yang Maha Esa.Kecintaan Allah pada hambalah yang menyebabkan kita sentiasa bertemu dan berpisah.

Kecintaan Allah pada hambanya adalah sebaik-baik kecintaan, amat rugilah kita apabila tidak dapat merasai nikmat kecintaa-Nya.Begitu juga sifat kasih Allah pada hambanya.Manusia yang mengerti apa itu cinta dan kasih adalah manusia yang sentiasa hatinya dekat pada sang pencipta-Nya.

Mereka akan merasai kehidupan didunia ini adalah satu persinggahan untuk meneruskan perjalan yang lebih kekal diakhirat kelak.


Buat teman seperjuagan ( house mate Ust Bidin ), semoga kepulagan mu ke tanah air akan membuatkanku merindui mu disini.Tiada kata dan ucapan yang dapat ku lontarkan pada mu Ust Bidin,hanya sebak didada yang dapat ku rasakan,apabila saat berpisah denganmu,walaupun tanpa setitis lenigan air mata
.
Kehidupan kita bagaikan sebuah keluarga,merasai susah dan senang bersama di perantauan, dengan pelbagai mehnah kehidupan bermasyarakat dengan arab,walaupun tempoh kita menuntut ilmu bersama hampir 5 tahun, aku dapat rasakan ianya begitu singkat bagaikan petir yang menyambar bumi,kelmarin kita bertemu hari ini kita berpisah!!

Semoga kepulagan mu ketanah air akan membawa erti yang bermakna untuk keluarga dan masyarakat amnya,seterusnya untuk membagunkan masyarakat kembali pada al-quran dan sunnah nabi Muhammad s.a.w.

Doakan juga untuk kejayaan kami di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan