Khamis, 9 September 2010

Salam Edul Fitri 1431H


Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Sempena kita semua menyambut hari raya aidil fitri, saya disini memohon kemafaan jika ada salah dan silap,terutamanya untuk keluarga yang tercinta di tanah air,dan juga untuk sahabat-sahabat yang mengenali diri ini...

Selamat Hari Raya untuk semua...

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin...

Selasa, 31 Ogos 2010

Salib pada Sampul Duit Raya..


"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela padamu ( Muhammad )sebelum engkau mengikuti agama mereka..."

Tidak sempurna jika hari raya tanpa memberi duit raya pada kanak-kanak saudara mara dan sahabat handai..

Untuk peringatan pada sahabat-sahabat yang ada malaysia.Berhati-hatilah dengan sampul duit raya yang anda semua beli, kerana ada diantara salah satu sampul duit raya ada yang berunsur salib.."memang sah yer lambang salib"

Jika kauorang semua hendak beli,tilik-tilik lah dahulu sebelum beli,atau pun ada member-member kauorang yang bagi,lihat betul-betul sebelum terima...

Ini semua adalah jarum yahudi, yang begitu halus, berwaspadalah dengan sampul duit raya..."lihat dahulu sebelum beli atau terima..."

Semoga kita dapat jaga kemuslihatan ini,jauhkan perkara yang membawa pada ketidaksucian untuk kita semua..

KeEmasan....


Marilah sama-sama kita mengambil manfaat sepuluh malam terakhir yang dijanjikan fadhilatnya,rebutlah dengan sebaik-baiknya..selamat beramal.


Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang ertinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Alfun mabrukk....

Sekalung tahniah pada Ust Akhori. Keputusan imtihan tahun akhir yang telah pun diketahui beberapa hari yang lalu telah membawa satu berita gembira untuk ust akhori dan juga buat diri ku.Kegembiraan pada raub wajahnya amat menyenangkan diriku.

Jika sebelum ini dia banyak membisu dan tidak riang seperti hari ini.Alhamdulillah selepas natijah imtihan dikeluarkan,aku dapat melihat kelainan pada dirinya,semoga kejayaan yang ust akhori diperolehi dapat dikongsi bersama.


Untuk pengetahuan, ust akhori adalah pelajar yang tidak pernah pulang semenjak menjejak kaki di bumi Ambiya,hampir enam tahun beliau tinggal,dan tidak pernah pulang,beliau sangat mementingkan pada pelajarannya,dan juga mahir dan arif dalam komputer.

Jika ada segala permasalahan yang berkaitan komputer boleh bertanya padanya,(memang xleh lawan ah kalu bab komputer, heker  gila), cuma dia seorang yang sangat pemalu orangnya.

Beliau juga berharaf dapat menyambung pengajian di Darul Iftat jika diberikan peluang InshaAlla.Semoga usaha ust akhori utk meneruskan pengajian di bumi Ambiya ini tercapai...
Amin...

Khamis, 26 Ogos 2010

Nuzul Al-Quran..


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

** Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Selasa, 24 Ogos 2010

Muhasabah ramadhan...


Awalnya dibuka pintu kerahmatan, pertegahannya dibuka pintu keampunan, pengahkirannya dijauhkan dari api neraka.Alhamdulillah kita telah sampai pertegahan ramadhan,setinggi-tinggi kesyukuran pada-Nya dengan limpah dan kemurahan dari-Nya dapat juga kita meneruskan kehidupan ini,disamping memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan yang mana dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada hambanya.

Subhanallah....amatlah rugi pada diri kita jika kita tidak manfaatkan malam seribu bulan ini, ramadhan pun telah sampai pada pertegahannya,marilah sama-sama muhasabah diri kita,sejauh mana kita telah manfaatkan ramadhan pada kali ini,hitunglah diri kita sebelum Allah menghitung kita di akhirat kelak.

Muhasabah diri...

Tanyalah pada diri,berapa kali kita telah khatam quran!!!, untuk ramadhan kali ini,berapa kali pula kita menghabiskan waktu  dengan cerita-cerita  dihadapan tv dan juga di hadapan komputer..tepuk dada tanya pada diri kita,hanya diri sendiri yang mengetahui jawapannya...

Manfaatlah dengan sesungguhnya dibulan ramandhan yang mulia,semoga kita sentiasa dalam rahmat dan keampunan-Nya.

Ramadhan adalah bulan kesabaran,bulan tarbiah,bulan mendidik jiwa dan rohani,ia dapat mendisiplin diri kita dalam semua aspek kehidupan,berbahagialah kita dengan banyaknya amalan-amalan dibulan ramadhan.

Ramadhan ya ramadhan.....

Ahad, 22 Ogos 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..


** andai benar diriku milikmu, sabarlah menanti penantian itu.
 benarkan aku terbang mengenal diri dulu kerana belum tiba saat itu...
 tiada takdir yang tidak baik atau x sesuai untuk hamba-NYA.
wasalam...